Ikuti Kami:

Elizabeth Tan Alami Keguguran Di Awal Kehamilan, Impian Jadi Ibu Terhalang

Elizabeth Tan Alami Keguguran Di Awal Kehamilan, Impian Jadi Ibu Terhalang

Baru-baru ini, diketahui penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan telah mengalami keguguran anak pertama semenjak mendirikan rumah tangga dengan suaminya Siew Jim pada 21 Mac 2021 lalu.

Kata Elizabeth, dia mengakui berasa terkilan dengan berita keguguran tersebut memandangkan dia sudah bersedia untuk menjadi seorang ibu. Menurut aktres ini, keguguran itu berlaku di awal peringkat kehamilannya.

“Sebenarnya saya mengalami keguguran anak pertama namun kehamilan saya masih berada pada peringkat awal lagi. Saya ke hospital dan disahkan bahawa kandungan sudah tiada lagi.”

“Pada mulanya saya tidak begitu terkesan ketika kejadian berlaku dua bulan lalu. Tidak tahu bila lagi saya akan hamil dan itu sedikit sebanyak membimbangkan saya.”

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Semua Sudah ini turut berkongsi cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapinya selepas kejadian tersebut. Katanya, keguguran itu lebih menyedihkan hatinya apabila dia mendedahkan sudah bertahun dirinya bersungguh-sungguh ingin menjadi seorang ibu.

Selain itu, Elizabeth turut mengakui antara cabaran menjayakan watak dalam filem terbarunya bertajuk Sheriff itu adalah menjadi seorang ibu.

“Kalau saya cakap banyak mengenai hal ini saya akan menangis pula.”,

“Malah saya juga sudah berkongsi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat untuk mempunyai anak. Jadi perancangan itu terpaksa diubah kerana keguguran. Itu yang membuatkan saya sedih.”,

“Saya belum menjadi seorang ibu lagi, jadi apabila perlu melakonkan watak sebegitu memang bukan mudah. Apa pun, saya berterima kasih di atas peluang yang diberikan.”

Komen
Loading...