IKLAN

Elews Mart Bakal Dibuka Julai - "Saya Sangat Bahagia Dapat Membantu Orang Susah"

Sebelum ini Ustaz Ebit Lew ada menyatakan hasrat untuk membuka pasar raya dengan harga yang murah bagi membantu orang ramai.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew berkongsi satu berita baik di mana kesemua cawangan pasar raya yang bertempat di sekitar Lembah Klang tersebut akan dibuka secara rasminya pada pertengahan bulan Julai nanti.

Pendakwah itu mendedahkan bahawa 10 cawangan Elews Mart sedang melalui proses pengubahsuaian dan bakal dibuka untuk kunjungan pelanggan tidak lama lagi.

Difahamkan bahawa para pengilang dan pemborong antaranya Nestle Malaysia juga memberikan sokongan yang padu untuk pembukaan pasar raya baru ini.

10 cawangan itu terletak di Bandar Baru Bangi, Kajang, Cyberjaya, Sg Buloh, Balakong Cheras, Shah Alam, Damansara, Prima Gombak, Gombak Traders dan Subang Perdana.

IKLAN

Dengan kerjasama semua pihak, Elews Mart menjanjikan harga paling murah buat pelanggan yang akan berkunjung ke pasar raya itu kelak.

Bahkan Food Bank juga akan disediakan kepada setiap pasar raya yang memerlukannya.

Ustaz Ebit Lew turut menjelaskan bahawa dia bahagia apabila dapat membantu orang yang memerlukan bahkan ini adalah impiannya sedari kecil lagi.

"Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah. Melihat senyuman setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan," katanya.

Semoga bantuan ini dapat terus menceriakan hari-hari Ustaz Ebit Lew dan juga golongan yang memerlukan.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN