Ikuti Kami:

EE Clinic Luaskan Sayap ke Ampang: Pusat Kecantikan dan Kesihatan Terkini Dibuka

EE Clinic Luaskan Sayap ke Ampang: Pusat Kecantikan dan Kesihatan Terkini Dibuka

EE Clinic, salah satu nama terkemuka dalam industri estetik dan kesihatan di Malaysia, hari ini mengumumkan pembukaan cawangan terbaharunya di Ampang.

Langkah ini diambil bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap rawatan kecantikan dan kesihatan di kawasan kosmopolitan tersebut.

Menurut pengasas EE Clinic, Dr. EE, pembukaan cawangan di Ampang didorong oleh keperluan golongan profesional bandar, keluarga sibuk, dan individu yang mengutamakan penjagaan peribadi dalam suasana yang tenang dan terkawal.

“Cawangan ini direka khas untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang mahukan rawatan yang menyeluruh dengan perhatian kepada setiap butiran. Komitmen kami adalah untuk memastikan pengalaman pelanggan yang berkualiti,” katanya.

Dr. EE turut menegaskan bahawa rawatan yang ditawarkan adalah mesra Muslim dan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan, tanpa sebarang unsur haiwan.

Cawangan EE Clinic di Ampang menawarkan pelbagai rawatan terkenal yang menggunakan teknologi terkini untuk memberikan hasil yang efektif, antaranya:

  • Ellansé: Biostimulator kolagen yang membantu mengembalikan keanjalan kulit dan meremajakannya dari dalam.
  • PicoLaser: Teknologi laser untuk mencerahkan kulit, menghapuskan pigmentasi, dan memperbaiki tekstur kulit
  • HydraFacial: Rawatan wajah pelbagai langkah yang membersihkan, mengeksfoliasi, dan melembapkan kulit secara mendalam
  • ONDA: Teknologi dari Itali yang menyasarkan pengurangan lemak dan selulit dengan masa pemulihan yang minimum.

Sempena pembukaan cawangan Ampang, EE Clinic menawarkan promosi eksklusif termasuk hadiah menarik dengan setiap rawatan terpilih. Pelanggan baharu dan sedia ada dijemput untuk memanfaatkan tawaran istimewa ini.

Cawangan EE Clinic Ampang terletak di D3A-G, Jalan Selaman 1/1, Dataran Palma, 68000 Ampang, Selangor atau untuk maklumat lanjut boleh layari www.eeclinic.com.

EE Clinic merupakan klinik estetik bertauliah yang dikenali dengan rawatan inovatif dan hasil yang berkesan.

Dengan komitmen kepada kecemerlangan, EE Clinic terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri kecantikan dan kesihatan di Malaysia.

Komen
Loading...