Ikuti Kami:

​Ecotwin Step Melebarkan Sayap, Buka Healing Centre Dr Hisham Dzakiria Di Setia Alam

​Ecotwin Step Melebarkan Sayap, Buka Healing Centre Dr Hisham Dzakiria Di Setia Alam

Syarikat penyedia latihan dan perundingan, Ecotwin Step Training & Consultancy Sdn Bhd, secara rasminya melebarkan sayap perniagaannya dengan pembukaan Healing Centre Dr Hisham Dzakiria, sebuah pusat intervensi emosi berpusat di sini, semalam.

​Pembukaan premis berkeluasan 1,900 kaki persegi itu merupakan manifestasi komitmen syarikat dalam menangani krisis kesihatan mental yang semakin meruncing di Malaysia, dengan memfokuskan kepada rawatan emosi dan transformasi minda yang praktikal serta berorientasikan penyelesaian.

​Peneraju utamanya, Dr Hisham Dzakiria berkata, pusat tersebut ditubuhkan sebagai ruang selamat bagi individu yang bergelut dengan kemurungan, kebimbangan melampau (anxiety), serta konflik perhubungan untuk mendapatkan bantuan profesional tanpa rasa dihakimi.

​”Kajian National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023 menunjukkan peningkatan dua kali ganda kes kemurungan dalam kalangan dewasa berbanding tahun 2019, membabitkan kira-kira satu juta individu. Lebih membimbangkan, golongan muda berusia 16 hingga 29 tahun mencatatkan kadar tertinggi.

​”Atas keperluan mendesak inilah, kami membuka Healing Centre ini dengan misi menjadikan khidmat kesihatan mental lebih mudah diakses. Kami mahu menghapuskan stigma bahawa meminta bantuan adalah tanda kelemahan, sedangkan ia adalah langkah berani ke arah kehidupan lebih baik,” katanya selepas majlis perasmian pusat berkenaan.

​Healing Centre tersebut dilengkapi dengan pasukan kaunselor berpengalaman serta pakar Neuro-Linguistic Programming (NLP), termasuk Coach Ahmad Termizi Ab Aziz, bagi menawarkan terapi yang membantu individu menguruskan emosi dan potensi diri.

​Mengulas mengenai pemilihan lokasi, Dr Hisham menjelaskan Setia Alam dipilih sebagai hab operasi kerana kedudukannya yang strategik dan pesat membangun, sekali gus memudahkan capaian buat penduduk di sekitar Selangor dan Lembah Klang.

​”Premis tiga tingkat ini bukan sekadar pusat konsultasi, malah tingkat bawah dikhaskan sepenuhnya untuk urusan rawatan dan terapi, manakala bahagian atas berfungsi sebagai pejabat operasi.

Kami juga bakal memperkenalkan barangan cenderahati (merchandise) berkaitan penyembuhan seperti bauan aroma terapi dan bantal khas sebagai sokongan tambahan kepada pelanggan,” tambahnya.

​Sebagai sebahagian daripada promosi pembukaan, Healing Centre menawarkan beberapa sesi rawatan percuma sepanjang bulan pertama bagi memperkenalkan perkhidmatan mereka kepada masyarakat umum.

​Orang ramai yang memerlukan khidmat sokongan emosi boleh hadir ke Healing Centre Dr Hisham Dzakiria di No 12, Jalan Setia Dagang AL U13/AL, Seksyen U13, Shah Alam atau menghubungi talian 010-3243243 untuk janji temu. Pusat ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Komen
Loading...