Ikuti Kami:

EATM2: Misi Bermula! Mari Cipta Ejen ID Anda Sekarang!

EATM2: Misi Bermula! Mari Cipta Ejen ID Anda Sekarang!

TGV Cinemas mengaktifkan “Misi Nasional” dengan pelancaran Minggu #EjenAli sebagai sebahagian daripada kempen TGV Home of Heroes, menjelang tayangan filem animasi tempatan yang dinanti-nantikan, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2).

Kempen TGV Home of Heroes merupakan inisiatif khas yang diwujudkan oleh TGV untuk meraikan filem-filem adiwira dan aksi keluarga tempatan dan antarabangsa.

Ia direka bagi memberikan pengalaman unik serta lebih interaktif kepada penonton, termasuk menerusi aktiviti, penciptaan identiti peribadi, dan penyertaan dalam acara eksklusif.

Dalam semangat tersebut, Minggu #EjenAli mengajak rakyat Malaysia dari seluruh negara untuk mencipta Ejen ID masing-masing secara dalam talian melalui fun.tgv.com.my/ejen-id.

Selepas mendaftar, peserta boleh berkongsi Ejen ID mereka di media sosial dengan tanda pagar rasmi seperti #TGVHomeOfHeroes, #EjenAliTheMovie2 dan #TGVMovieClub.

Tidak seperti kebanyakan kempen yang memfokuskan pada kanak-kanak, misi ini terbuka kepada semua peringkat umur termasuk mereka yang berumur 18, 30 hingga 40 tahun ke atas selari dengan mesej inklusif TGV bahawa ‘hero datang dari semua latar belakang dan usia.’

Peserta juga digalakkan untuk “print dan show off” Ejen ID mereka kepada ejen-ejen lain.

Dengan barangan eksklusif seperti IRIS dari TGV Cinemas dan kempen interaktif bersama peminat, EATM2 berjaya membangkitkan keterujaan nasional.

TGV Mega Ejens Party turut menjadi sebahagian daripada kemeriahan ini, di mana peminat berpeluang merasai pengalaman eksklusif bersama Ali dan ejen M.A.T.A. Aktiviti interaktif, merchandise eksklusif, dan suasana penuh aksi menjadikan ini acara wajib hadir bagi seluruh keluarga.

Dapatkan tiket anda sekarang di www.tgv.com.my

Dengan jalan cerita yang lebih padat, visual yang dipertingkat dan watak baharu yang lebih mendalam, Ejen Ali The Movie 2 dijangka mengukuhkan lagi status animasi Malaysia di mata dunia.

Komen
Loading...