IKLAN

Dyson Pure Humidify + Cool Hadir Dengan Fungsi Cuci Kendiri

Produk keluaran Dyson sama ada pembersih vakum, air purifier atau pelurus rambut pasti akan melalui evolusi setiap kali dikemaskini untuk pasaran.

Terbaru, Dyson hadir dengan Pure Humidify + Cool yang menampilkan air purifier, humudifier dan kipas berpusing semuanya dalam satu produk. Ini merupakan produk pertama dari Dyson yang memberikan fokus kepada fungsi mengawal kelembapan udara di rumah.

IKLAN

Menariknya, produk terbaru ini juga menampilkan fungsi pencucian kendiri di mana Dyson Pure Humidify + Cool ini akan memberitahu anda bila ianya perlu dibersihkan. Anda hanya perlu keluarkan bahagian evaporatot dan rendamkan di dalam tangki air bersama dengan paket asid sitrik yang sertakan. Mesin ini akan lakukan pembersihan sendiri.

Dyson mengatakan yang produk terbaru ini akan mengawal tahap kelembapan di udara berdasarkan suhu sekeliling untuk memberikan keselesaan maksima kepada pengguna. Kini boleh didapati pada harga US$800 di Dyson.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN