Ikuti Kami:

Duta Jakel Rai Pelanggan Lagi: Baucar Diskaun & Koleksi Raya Eksklusif Menanti

Duta Jakel Rai Pelanggan Lagi: Baucar Diskaun & Koleksi Raya Eksklusif Menanti

Jakel sekali lagi membuka peluang kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman membeli-belah istimewa melalui acara Meet & Greet bersama Duta Jakel yang berlangsung hari ini.

Program ini adalah kesinambungan daripada kejayaan acara serupa di Jakel Shah Alam bulan lalu, yang mendapat sambutan luar biasa.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, menyatakan acara ini diadakan bagi menghargai pelanggan yang setia menyokong jenama tersebut.

“Kami amat menghargai maklum balas positif daripada pelanggan dan memahami ramai yang terlepas peluang mendapatkan baucar diskaun tambahan 20 peratus pada program sebelum ini. Oleh itu, kami menganjurkan semula acara ini untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menikmati tawaran istimewa ini,” katanya.

Acara kali ini dimeriahkan dengan kehadiran duta Jakel, termasuk Fattah Amin, Amira Othman, Cik Epal, Elly Mazlein, serta Anzalna dan keluarganya.

Selain itu, personaliti popular seperti kumpulan pelawak Senariounion, pasangan tiktoker Sallywho, serta maskot animasi Upin & Ipin turut memeriahkan suasana.

Pada program ini, pelanggan bukan sahaja berpeluang beramah mesra dengan para duta tetapi juga mendapatkan baucar diskaun untuk koleksi pakaian raya terkini.

Jakel turut memperkenalkan ruang niaga baharu di aras tiga, yang menawarkan koleksi pakaian sedondon untuk pelbagai golongan, daripada kanak-kanak hingga ibu-ibu.

“Kami mahu memastikan keselesaan dan kepuasan pelanggan menjadi keutamaan. Ruang niaga baharu ini menampilkan koleksi yang lebih moden, berkualiti tinggi, dan sesuai untuk semua peringkat umur,” tambah Mohamed Faroz.

Untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik, Jakel turut menyediakan kemudahan tambahan seperti parkir yang luas, tandas yang selesa, dan tempat solat.

Sistem pembayaran mudah melalui Easy Payment Plan bersama Maybank, Affinbank, RHB Bank, dan Bank Rakyat juga disediakan untuk pelanggan.

“Dengan hanya RM500 pembelian, pelanggan boleh membuat pembayaran secara ansuran sehingga lima bulan. Ini adalah sebahagian usaha kami untuk membantu pelanggan berbelanja secara bijak,” katanya.

Acara Meet & Greet ini dijangka akan menarik lebih ramai pelanggan, selaras dengan moto Jakel Raya Mendonia 2025.

Komen
Loading...