IKLAN

"Dunia Semakin Tenat, Masih Ramai Yang Nak Menegakkan Perkara Bathil" Zul Yahya

Nampaknya ramai yang kurang senang dengan Zul Yahya yang menyeru pekerja belakang tabir meninggalkan industri hiburan untuk mencari pekerjaan yang lebih diredai Allah.

Malah, ada netizen melabel pelakon itu perasan bagus dan merasakan diri ahli syurga susulan kenyatannya itu. Kata netizen lagi, tidak salah menegur tetapi tidak boleh sesuka hati tentukan rezeki itu berkat atau tidak.

Menerusi beberapa kemas kini di Instagram, Zul meluahkan rasa terkilan apabila ramai yang masih menegakkan perkara batil serta menyifatkan dunia sekarang sudah semakin tenat.

Dalam perkongsian lain, Zul seolah memberikan satu situasi mempersoalkan hukum mengenai arak dimana jika seseorang itu tidak minum arak tetapi tahu arak itu haram dan bekerja di tempat yang menjual arak.

IKLAN

Meskipun ada yang mengecamnya, namun ramai yang memberikan kata-kata semangat supaya Zul bersabar di atas apa yang berlaku dan mengatakan dia sudah pun menjalankan tanggungjawab dengan memberikan nasihat.

Sebelum ini, penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Rosyam Nor membidas Zul dan menyifatkan kenyatananya itu tidak wajar kerana ia berkiatan soal rezeki. Malah, tuduhan Zul kerja bidang seni tidak berkat mengguriskan perasaan ramai orang.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN