Ikuti Kami:

Dua lelaki cuba ‘jumpa’ Agong bersama sebilah parang ditahan

Dua lelaki cuba ‘jumpa’ Agong bersama sebilah parang ditahan

DUA lelaki ditahan oleh polis kerana cuba menceboroh Istana Negara pada Jumaat.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, dua lelaki tempatan berusia 29 dan 37 tahun itu ditahan selepas cuba memasuki Pintu 3, Istana Negara.

Kedua-dua suspek menaiki sebuah Perodua Kembara sebelum ditahan oleh anggota polis yang berkawal di pintu masuk kira-kira pukul 4.40 petang.

Ketika ditanya, suspek berkata mereka mahu berjumpa dengan Yang di-Pertuan Agong.

“Anggota polis di lokasi kemudian melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki mereka dan menjumpai sebilah parang dalam kenderaan terbabit.

“Kedua-duanya kini direman empat hari bermula hari ini sehingga 21 Mei ini untuk siasatan lanjut yang dijalankan mengikut Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dan mereka juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Komen
Loading...