Tular di laman Twitter hantaran seorang wanita yang mengaku menjadi iman solat kepada suaminya yang baru memeluk islam.
Wanita berkenaan juga mempertahankan tindakan itu kerana beranggapan beliau sudah mendalami ilmu islam sejak dari kecil berbanding suaminya yang baru memeluk islam.
“Aku dah belajar agama dari kecil, terang-terang lebih fasih tentang agama
“Kenapa aku boleh imamkan kanak-kanak tapi tak boleh imamkan laki aku yang lagi muda dari budak dalam islam” katanya
Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika ditanya wartawan menegaskan seorang wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki dan perkara tersebut sudah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sejak dahulu lagi dan juga merupakan pendapat para ulama.
Katanya, walaupun suami (lelaki) adalah seorang mualaf (baru masuk Islam), isterinya tetap tidak boleh menjadi imam kepada suaminya.
“Saya syorkan dalam isu seperti ini, suami dia akan tetap menjadi imam dan isteri perlu menjadi makmum. Dalam situasi seperti ini.
“…mungkin boleh cari seorang ahli keluarga lain seperti anak dan keluarga yang terdekat yang memungkinkan ia menjadi imam (kepada pasangan itu),” katanya