Ikuti Kami:

Dr Noor Hisham Kecewa Orang Ramai Tidak Menjaga SOP Sewaktu Perbicaraan Kes SRC Najib

Dr Noor Hisham Kecewa Orang Ramai Tidak Menjaga SOP Sewaktu Perbicaraan Kes SRC Najib

Kehadiran orang ramai bagi mengikuti kes terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham yang kecewa melihat orang ramai tidak mengamalkan penjarakan sosial semasa mengikuti kes berkenaan dia hadapan mahkamah.

Datuk Dr Noor Hisham dalam laman twitter turut bersedih kerana tiada kawalan kendiri dari kalangan orang ramai yang hadir mengikuti kes berkenaan.

“Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan. Sedih bila melihat keadaan begini tiada kawalan kendiri,” katanya.

Gambar-gambar yang memaparkan orang ramai berhimpun tanpa mematuhi penjarakan sosial dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka dengan betul di luar kompleks mahkamah itu tersebar di media sosial yang hadir sejak awal pagi untuk mengikuti keputusan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Najib.

Keadaan sesak itu menyebabkan polis terpaksa menggunakan pembesar suara untuk mengingatkan orang ramai supaya mematuhi SOP dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.

BACA : Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Pertuduhan Kes SRC

Komen
Loading...