IKLAN

Dr Noor Hisham dapat kejutan lepas sidang media

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Sejak dari pagi, ucapan selamat hari lahir buat hero negara itu tidak putus-putus diterima.

Pada sidang media perkembangan Covid-19 petang tadi, rakan media telah membuat sedikit kejutan dengan meraikan hari lahir KP Kesihatan kita itu seusai soal jawab berkenaan Covid-19.

Dapat dilihat wajah gembira Dr Noor Hisham yang menyambut baik sambutan tersebut. Dia juga diberikan kek cawan comel serta buah-buahan daripada rakan media yang hadir.

IKLAN

Dalam pada itu, beliau turut menerima kad ucapan selamat hari lahir yang sangat comel dan dibuat penuh kreatif. Selain itu, ucapan terima kasih diatas jasanya sepanjang tempoh pendemik ini turut diterima.

Hari ini merupakan hari ulang tahun kelahiran Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Sejak dari pagi, ucapan selamat hari lahir buat hero negara itu tidak putus-putus diterima.

Pada sidang media perkembangan Covid-19 petang tadi, rakan media telah membuat sedikit kejutan dengan meraikan hari lahir KP Kesihatan kita itu seusai soal jawab berkenaan Covid-19.

Dapat dilihat wajah gembira Dr Noor Hisham yang menyambut baik sambutan tersebut. Dia juga diberikan kek cawan comel serta buah-buahan daripada rakan media yang hadir.

Perkongsian yang dibuat oleh Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia ini sudah pun mendapat lebih daripada 67,000 tanda suka.

IKLAN

Semoga sentiasa dalam lingungan-Nya

Semoga Datuk diberikan kesihatan yang baik

Susulan daripada itu, rata-rata warganet turut tidak melepaskan peluang mengucapkan selamat hari lahir buat KP Kesihatan Malaysia itu serta mendoakan agar segala urusan beliau dipermudahkan dunia dan akhirat.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN