IKLAN

Dr Amani Salim Nafi Bekerja Dengan NASA, Jelaskan di Hantaran 'Thread' di Twitter

Pada tahun lalu, nama Dr Amani Salim menjadi bualan hangat di Malaysia apabila mencipta fenomena besar apabila terbabit dalam program penghantaran penyelidikan ke angkasa dalam misi agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), Amerika Syarikat ke planet Marikh.

Kini nama beliau sekali lagi menjadi perbualan selepas baru-baru ini, isu mengenai pelajar menerima biasiswa NASA tular di media sosial yang kemudiannya mendakwa dirinya telah menjadi mangsa penipuan sindiket internet.

Menyedari dirinya kini kembali menjadi sebutan ramai, Dr Amani Salim telah menjelaskan beberapa salah faham yang terpalit tentang dirinya.

Menerusi perkongsian di Twitter miliknya, beliau memberitahu dia bukanlah wanita pertama yang terlibat dalam penyelidikan ini.

Malah, beliau turut memaklumkan bahawa beliau bukan bekerja di NASA seperti yang didakwa oleh media.

IKLAN

Menurutnya, beliau tidak mengetuai 28 saintis NASA sebaliknya beliau merupakan Penyelidik Utama dan mengetuai science payload development.

Di dalam misi NASA ini, tidak ada ketua seperti yang didakwa tetapi cuma ada Pengurus Projek, Pengurus Program, Ketua Teknologi, dan Penyelidik Utama.

Tidak bekerja di NASA

Beliau juga tidak bekerja di NASA sebagai pekerja dan berada di Purdue University ketika itu dan dilantik mengetuai ‘science payload’ sebagai Penyelidik Utama sementara bosnya memegang posisi yang lebih besar di NASA.

Di dalam satu temu bual tahun lalu, beliau dikatakan masih bekerja sebagai saintis di Purdue University, West Lafayette, Indiana ketika itu.

Kemudian, beliau ditawarkan peluang tersebut oleh mentornya ketika itu iaitu D Marshall Porterfield.

IKLAN

Beliau menjelaskan bahawa mentornya itu yang merupakan ketua jabatan di NASA telah memberi peluang tersebut kepadanya.

Saya diberi peluang untuk mereka bentuk dan membina nanosatelit biopenderia untuk melakukan kajian mengenai kesan graviti terhadap tumbuh-tumbuhan.

Walaupun beberapa fakta sebelum ini tidak tepat, namun pencapaian yang diraih oleh anak tempatan ini tetap sesuatu yang membanggakan.

Mengimbau kembali zaman kecilnya, beliau sendiri tidak pernah tahu apa itu NASA, angkasa lepas dan sebagainya.

Tetapi kerana rasa cintanya kepada ilmu dan rasa ingin tahu yang sangat menebal, wanita ini mula meneroka dunia angkasa perlahan-lahan.

Sumber: Twitter Amani Salim

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN