DPDDM, PDRM Perkukuh Hubungan Strategik Menerusi Program CSR
- oleh MDaily Editor
- 16 Apr 2026 6:14 pm
Dewan Perniagaan Datuk Dato Malaysia (DPDDM) memperkukuh hubungan strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memfokuskan kepada kebajikan warga pasukan keselamatan tersebut.
Langkah itu dizahirkan melalui kunjungan hormat delegasi DPDDM ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya baru-baru ini, yang diadakan sempena sambutan Hari Polis ke-219.
Delegasi yang diketuai Presiden DPDDM, Dato Nor Hasnal Hashmi, Dato Zainal Abidin Mohd Yusof, Megat Hadzlie @ Megat Raja , Prof. Dr Hasbulah Mohd Salleh, Ahmad Faisal Mohd Meidin, Puan Falora Ambi, Datin Ezy Ezylyana Ostman dan Datin Nur Shafiqah Noor Azmi disambut mesra Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Tuan Aidi Sham serta pegawai-pegawai kanan IPD DSP Tuan Redza Shahromann, Ketua Cawangan Khas , ASP Tuan Azrul dan ASP Puan Ilham selaku setiausaha Perkep IPD PUTRAJAYA.
Presiden DPDDM, Dato Nor Hasnal Hashmi, berkata kunjungan itu bertujuan mengeratkan kerjasama antara sektor korporat, kepimpinan wanita, dan PDRM selaras dengan slogan ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

“Pertemuan ini menjadi platform penting untuk merangka program CSR bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Putrajaya. Fokus utama kami adalah memastikan kesejahteraan serta kebajikan warga PDRM dan keluarga mereka sentiasa terbela,” katanya dalam satu kenyataan.
Delegasi DPDDM yang turut disertai barisan kepimpinan tertinggi seperti Dato Zainal Abidin Mohd Yusof, Prof Dr Hasbulah Mohd Salleh, dan Datin Ezy Ezylyana Ostman disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham serta pegawai-pegawai kanan IPD.
Sesi perbincangan tersebut turut memberi tumpuan kepada peranan Pengerusi PERKEP IPD Putrajaya dalam menyokong program kemasyarakatan, khususnya yang melibatkan bantuan kepada keluarga ahli yang memerlukan serta aktiviti pembangunan komuniti.
Sementara itu, Nor Hasnal yang juga Ahli Lembaga Penasihat Dewan Perniagaan Pendidikan Kuala Lumpur (DPPKL) menjelaskan, DPDDM kini komited memperluas jaringan keusahawanan di seluruh negara bagi menyokong aspirasi Ekonomi MADANI.
“Melalui sinergi strategik seperti ini, kami berhasrat melahirkan usahawan tempatan yang berdaya tahan dan mampu menembusi pasaran antarabangsa, sambil memastikan nilai inklusif dan kesejahteraan bersama terus diangkat,” tambahnya.
Penglibatan aktif tokoh wanita dalam delegasi tersebut turut mencerminkan komitmen golongan itu dalam memperjuangkan agenda kebajikan, sekali gus memperkukuh jaringan sokongan kepada komuniti setempat dan pihak berkuasa demi mewujudkan suasana yang lebih selamat dan prihatin.
Orang ramai yang berminat untuk menyertai rangkaian DPDDM dalam memperkasakan agenda Malaysia Madani boleh layari laman web rasmi di https://dpddm-gov.com/
