Ikuti Kami:

Dolla Umum Konsert Sulung Ogos Ini, Harga Tiket Dikritik

Dolla Umum Konsert Sulung Ogos Ini, Harga Tiket Dikritik

Dolla telah mengumumkan konsert sulung mereka, Dolla Re:Birth The Experience yang bakal diadakan pada 3 Ogos akan datang di Zepp, Kuala Lumpur.

Harga tiket konsert itu bermula dengan RM149 dan harga paling tinggi pula iaitu VVIP Box adalah RM9,888.

Bagaimanapun, harga bagi VVIP Box itu mengundang kritikan sestengah pihak yang berpendapat ia terlampau mahal meskipun ia merupakan harga sebuah bilik yang boleh memuatkan 10 orang.

Malah ada yang berkata harganya sama dengan pakej menunaikan umrah.

Ada yang turut mengkritik Dolla kerana membuat promosi dan mengumumkan konsert ketika rakyat sedang bersolidariti untuk Rafah, Palestin.

Mahal benor tiket nak tengok orang terkinja. Saudara kita (di Rafah) tengah sengsara oi, boleh buat konsert pula.

Komen
Loading...