Ikuti Kami:

DOLLA Bakal Gegarkan Singapura Tahun Ini!

DOLLA Bakal Gegarkan Singapura Tahun Ini!

Peminat muzik tempatan dan serantau bakal disajikan dengan satu konsert eksklusif apabila DOLLA bersedia untuk menggegarkan pentas di Singapura tahun ini.

Diumumkan oleh SAH Entertainment dengan kerjasama Universal Music Malaysia, konsert ini menjanjikan pengalaman muzik yang luar biasa, menampilkan persembahan bertenaga daripada nama besar dalam industri muzik Malaysia.

DOLLA merupakan kumpulan wanita Malaysia yang ditubuhkan pada 2019. Ahli kumpulan ini terdiri daripada Sabronzo, Tabby dan Angel.

Konsert solo sulung DOLLA, DOLLA RE:BIRTH The Experience, yang berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Zepp Kuala Lumpur, telah mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.

Bagi kumpulan DOLLA, peluang untuk beraksi secara solo di Singapura merupakan satu impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

“Ini adalah momen yang kami nantikan sejak sekian lama. Kami berjanji akan memberikan persembahan terbaik untuk semua peminat yang sentiasa menyokong kami,” kata Angel dan Tabby mewakili kumpulan tersebut.

Dengan pemilihan Capitol Theatre, Singapura sebagai venue, konsert yang dijangka diadakan pada Ogos 2025 menawarkan produksi berkualiti tinggi dengan teknologi audio dan visual yang canggih bagi memberikan pengalaman terbaik kepada peminat.

Peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut serta pembelian tiket menerusi laman media sosial rasmi SAH Entertainment.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah muzik ini!

Komen
Loading...