Ikuti Kami:

Doktor Luar Negara Nafi Dibayar Untuk Memuji Malaysia

Doktor Luar Negara Nafi Dibayar Untuk Memuji Malaysia

Seorang doktor gigi Amerika yang memuji langkah kerajaan Malaysia menangani wabak Covid-19 dalam rakaman video yang kemudian menjadi tular, menafikan dakwaan dia dibayar untuk menghasilkan rakaman tersebut.

Video Dr Dustin Pfundheller yang mula diterbitkan 9 Mei lalu, memuji langkah diambil Malaysia dalam menangani wabak itu dan telah dikongsi sekurang-kurangnya 56,000 kali di Facebook dan banyak lagi di platform media sosial yang lain.

Video itu turut dikongsi pada halaman media sosial agensi-agensi kerajaan Malaysia dan beberapa menteri kabinet.

Bagaimanapun, Pfundheller, yang mula membuat video dalam talian semasa dalam perjalanan ke seluruh dunia, berkata dia “tidak pernah ditaja”.

“Walaupun terdapat banyak sosial media influencer yang mendapat bayaran khususnya untuk membuat sesuatu cerita, adalah salah untuk mengandaikan semua orang yang membuat video dibayar,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Pfundheller, polisi untuk mengelak daripada membuat kandungan berbayar dinyatakan dengan jelas pada catatan Instagram beliau.

Tambahnya, sebelum mengeluarkan video di Malaysia, dia hanya mempunyai 53,000 pengikut – dan jumlah ini lebih kecil berbanding sosial media influencer yang memiliki jutaan pengikut.

Oleh itu, katanya adalah tidak masuk akal bagi kerajaan Malaysia membayar seseorang yang memiliki sejumlah pengikut yang kecil.

“Kenapa nak bayar seseorang yang mempunyai pengikut yang sedikit ?” soalnya sambil memaklumkan beliau adalah penerbit kandungan sepenuh masa dan bekerja sepenuh masa sebagai doktor gigi.

Komen
Loading...