IKLAN

Doktor Luar Negara Kagum Cara Malaysia Tangani COVID-19

Nama Dr Dustin Pfundheller dari Amerika Syarikat hangat di media sosial selepas video bertajuk "Malaysia’s Incredible Covid-19 Story" tular.

Di dalam video tersebut, Dr Dustin Pfundheller menceritakan kronologi penularan wabak ini di Malaysia dan bagaimana usaha yang dilakukan berjaya menjadikan Malaysia antara yang terbaik di dunia.

"Bantu saya sebar kehebatan Malaysia tangani COVID-19."

 

Bukan sahaja memuji usaha Malaysia, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.

"Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun."

IKLAN

Dia juga berpendapat Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak.

Dia yang merupakan seorang doktor gigi turut memuji tindakan pantas kerajaan dalam melaksanakan PKP dengan penutupan semua jalan raya, selain larangan menganjurkan program atau majlis, sekolah dan sektor perniagaan.

Video itu sudah menerima lebih 876,000 tontonan dan 49,000 perkongsian setakat ini di Facebook.

Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN