Dituduh Sebagai Orang Ketiga: ‘Saya Terima Semua Kecaman’ – Dewi
- oleh Mohd Indera
- 4 minggu lalu
Baru-baru ini, kisah rumah tangga Jofliam dan isterinya, Cik Epal, menjadi tumpuan ramai apabila terdapat dakwaan tentang kehadiran orang ketiga dalam hubungan mereka.
Dalam perkembangan terkini, satu akaun TikTok yang didakwa milik pekerja wanita yang terlibat mula memberi respon terhadap isu yang sedang hangat ini. Tindakan ini menambah lagi api perbincangan di kalangan netizen, menjadikan kisah ini semakin viral.
Dewi, yang kini berada dalam keadaan tertekan akibat kecaman yang diterima, mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia untuk menerima semua kritikan yang dilemparkan oleh netizen.
Namun, dalam masa yang sama, dia memohon agar keluarganya tidak dilibatkan dalam situasi ini.
“Saya terima semua kecaman kecuali kepada keluarga saya, mereka tidak berkaitan” kata Dewi.
Jofliam pernah memuat naik gambar bersama Dewi di Itali, pada mulanya bertujuan untuk menjernihkan keadaan dan menerangkan apa yang terjadi.
Terdahulu, Jofliam mengakui telah melafazkan taklik dan kini menyerahkan status penceraian mereka kepada mahkamah.