Ikuti Kami:

Dini Schatzmann Dan Janna Nick Semakin Serius

Dini Schatzmann Dan Janna Nick Semakin Serius

Bukan rahsia lagi hubungan cinta Janna Nick dengan pelakon kacukan Melayu-Switzerland, Dini Schatzmann yang terjalin sejak dua tahun lalu semakin serius.

Mengulas lanjut, pemilik nama Dini Schatzmann berkata hubungan mereka masih di peringkat awal dan hanya mampu merancang.

“Sudah tentu dalam hubungan serius, kami merancang untuk ke peringkat perkahwinan. Bagaimanapun, apa yang boleh dikatakan, hubungan masih pada peringkat awal dan hanya mampu merancang.

“Sekiranya semuanya ditetapkan, pasti saya akan berkongsi berita gembira ini. Janna juga sudah beberapa kali menemui ibu saya.

Di tanya berkenaan khabar angin mereka sudah berkahwin di Satul, selatan Thailand seperti tular di twitter baru-baru ini, Dini akui terkejut dengan khabar angin yang tular itu.

“Kami belum berkahwin seperti yang didakwa.

“Kekecohan ini berlaku pada malam pertama Ramadan. Saya terkejut dan tak menyangka ada orang yang ingin membuka buku amalan pada bulan mulia dengan melakukan fitnah.

“Lagi pula, ia dilakukan akaun palsu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita ini, jadi mengapa kami perlu terkesan. Bagaimanapun, saya kesal ada yang berniat jahat mahu menjatuhkan reputasi dan nama baik saya dan Janna pada bulan Ramadan,” katanya kepada sebuah portal online.

Mengimbau kembali bibit cinta ketika pertama kali bertemu Janna, Dini yang juga bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Universiti of British Columbia mengakui tertarik dengan karakter dan personaliti Janna semasa penggambaran drama Bukan Cinta Aku pada Julai 2018.

“Ketika itulah, saya tertarik dengan karakter, personaliti dan cara Janna bekerja. Janna, luaran nampak kasar, tetapi dia seorang yang sangat lembut dan penyayang. Saya jatuh cinta dengan personalitinya.

“Janna banyak membantu saya menghafal skrip dan lakonan. Selepas habis penggambaran drama Bukan Cinta Aku, Janna menghubungi saya dan minta tolong melatihnya bersenam. Sejak itu, kami saling mengenali dan menjadi lebih rapat,” katanya lagi.

Komen
Loading...