Dikecam Cemerlang 6A Dalam Trial SPM, Alyssa Dezek Sasar Straight A SPM Sebenar Bersama PTTI
- oleh MDaily Editor
- 26 Oct 2025 1:00 pm
Penyanyi dan pelakon remaja popular, Alyssa Dezek, sekali lagi mencuri perhatian ramai, kali ini bukan kerana bakat seninya, tetapi kejayaan akademik yang membanggakan.
Menerusi peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, Alyssa memperoleh 6A, hasil bimbingan daripada kelas dalam talian PTTI, sebuah platform pendidikan digital yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Most Straight A SPM Students in a Tuition (2024).
Namun di sebalik kejayaan itu, Alyssa turut berdepan kecaman segelintir netizen yang mendakwa pencapaiannya disebabkan oleh ‘kabel’ dan bukan hasil usaha sendiri.

Mengulas perkara itu, Alyssa menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui disiplin dan usaha gigih, meskipun sibuk dengan aktiviti seni.
“Walaupun sibuk dengan penggambaran dan kerjaya seni, saya tetap cari masa untuk belajar. Saya nak buktikan bahawa kesibukan bukan alasan untuk gagal.
“Saya bersyukur sebab PTTI banyak membantu secara dalam talian. Daripada markah yang tidak memuaskan, kini saya berjaya dapat A,” katanya ketika ditemu bual oleh Pakar SPM PTTI, Sir Race.
Berbekalkan semangat dan tekad tinggi, Alyssa kini menyasarkan untuk memperoleh straight A dalam peperiksaan SPM sebenar yang bakal didudukinya tidak lama lagi.
Alyssa turut berkongsi bahawa bimbingan daripada tenaga pengajar PTTI banyak membantu meningkatkan kefahaman dan keyakinannya terhadap subjek yang sebelum ini dianggap sukar.
Kejayaan Alyssa menjadi inspirasi kepada ramai pelajar apabila membuktikan bahawa kejayaan bukan bergantung kepada siapa kita, tetapi sejauh mana usaha yang dicurahkan untuk mencapainya.
Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang ingin mencapai keputusan cemerlang seperti Alyssa, mereka boleh melayari laman rasmi www.ptti.my untuk maklumat lanjut mengenai kelas dalam talian PTTI.




