Ikuti Kami:

Dikatakan Tidak Menonjol, MOM Akhirnya Reka Corak Baru Pakaian Rasmi Kontijen Negara Ke Olimpik Paris

Dikatakan Tidak Menonjol, MOM Akhirnya Reka Corak Baru Pakaian Rasmi Kontijen Negara Ke Olimpik Paris

Melalui satu kenyataan yang dimuat naik oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM), pihak mereka telah pun mengubah rekaan baju pakaian rasmi kontijen negara ke Olimpik Paris 2024 kepada corak belang Harimau yang lebih garang.

Difahamkan dari Presiden MOM, Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria, logo MOM kembali dilakarkan mengikut warna-warna Jalur Gemilang, termasuk sekali lima gelung Olimpik.

Untuk kemeja T berkolar emas, MOM mengekalkan corak yang sama dengan logo MOM berjalur Jalur Gemilang bagi menghormati bendera negara.

Bagaimanapun, logo Yonex atau YY yang merupakan penaja tidak dipaparkan di kedua-dua jaket serta kemeja T atas faktor masa.

Ini adalah kerana proses untuk Yonex Sunrise Malaysia mencetak dan menyediakan pakaian rasmi ini memerlukan proses kelulusan di antara mereka dan pengilang sebagai prosedur operasi standard (SOP) jenama itu.

Keputusan tersebut telah pun dipertimbangkan oleh MOM selepas diberikan kebenaran daripada pihak Yonex, malah pihak penaja turut memberi izin kepada MOM untuk mencetak dan mengeluarkan jaket dengan fabrik pengilang berbeza.

Komen
Loading...