Ikuti Kami:

Diana Danielle Tepis Dakwaan Masih Berhubung, Gesa Farid Kamil Segera Pindah Rumah

Diana Danielle Tepis Dakwaan Masih Berhubung, Gesa Farid Kamil Segera Pindah Rumah

Pelakon terkenal, Diana Danielle, memberikan respons balas berhubung kenyataan suaminya, Farid Kamil, yang mendakwa kemelut rumah tangga mereka hanya berpunca daripada perselisihan faham kecil.

Menjawab isu berkenaan, Diana menerusi Instagram menegaskan bahawa mereka tidak lagi berhubung secara peribadi.

Beliau juga telah mengeluarkan notis rasmi melalui WhatsApp agar Farid segera berpindah dari kediaman bersama untuk mempercepatkan proses perceraian yang sedang diuruskan.

“Kami tidak bercakap on the phone semalam. Dan saya sudah beri notis dalam WhatsApp untuk dia pindah rumah secepat mungkin kerana akan lalui proses perceraian,” tulis Diana.

Menurutnya, Diana juga tidak mahu membiarkan hal-hal yang tidak benar tersebar dan menuntut agar perkara ini dihormati.

“Saya tak akan benarkan hal yang tak pernah berlaku dikatakan berlaku, dan saya juga tidak mahu sebumbung lagi seperti yang sudah dimaklumkan sendiri kepadanya. Sila hormati,” jelas Diana dengan tegas.

Farid sebelum ini menyatakan kepada media bahawa krisis yang berlaku hanyalah salah faham kecil.

Terdahulu, selepas 11 tahun berkahwin, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023.

Bagaimanapun, pasangan itu kemudian rujuk semula dalam tempoh iddah. Perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Komen
Loading...