Ikuti Kami:

Diana Danielle Bakar Surat Farid Kamil – “Surat penipuan tiada tempat dalam hati saya”

Diana Danielle Bakar Surat Farid Kamil – “Surat penipuan tiada tempat dalam hati saya”

Pelakon terkenal, Diana Danielle, berkongsi sebuah video di Instagram (IG) memaparkan dirinya membakar sekeping kertas yang dipercayai merupakan surat pemberian suaminya, Farid Kamil.

Dalam entri video tersebut, Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, menyatakan bahawa surat itu tidak lagi mempunyai tempat di hatinya.

“Surat ‘penipuan’ tiada tempat dalam hati saya,” tulis Diana ringkas, sambil memaparkan tindakannya membakar surat berkenaan.

Diana turut menyentuh mengenai proses perceraian mereka yang masih berlarutan, sambil menganggap tindakan memanjangkan proses itu sebagai sesuatu yang zalim.

“Jika mahu panjangkan proses perceraian, maka dia seorang yang kejam. Saya sudah menghabiskan masa selama setahun cuba memperbaiki dan memulihkan keadaan. Sudah banyak kali kami berdepan dengan ambang keretakan,” ujarnya dalam nada tegas.

“Saya tidak mahu dipujuk dan tidak mahu teruskan perkahwinan ini. Niat saya cukup jelas. Tiada lagi yang saya mahukan selain tidak berada di bawah tanggungjawabnya,” tambahnya lagi.

Terdahulu, Diana mengejutkan ramai apabila mengumumkan akan memfailkan perceraian buat kali kedua selepas setahun kembali rujuk ke pangkuan Farid. Bagaimanapun, Diana enggan memperincikan alasan membuat keputusan nekad untuk berpisah.

Baru-baru ini, Farid mengakui berlaku perselisihan faham kecil antara mereka, sebelum Diana berkongsi kenyataan bahawa dia akan memfailkan perceraian buat kali kedua.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9. Pasangan ini pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu secara dalam talian, sebelum rujuk semula pada 31 Ogos.

Komen
Loading...