‘Dia Suruh Masak, Mungkin Rindu Sebab Lama Tak Pulang’ – Datin Patimah Syukur Syamsul Kerap Ke Rumah
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa syukur dan gembira selepas kembali bersatu bersama anak lelakinya itu.
Ketika ditemui media, Patimah memaklumkan Syamsul kini berada di dalam keadaan yang baik dan sering ke rumahnya selepas pulang dari kerja.
Syamsul sihat Alhamdulillah, selalu dah balik rumah. Selepas selesai kerja dia akan balik singgah ke rumah.
Sebab dia bekerja di Finas dan dekat dengan rumah saya, jadi dia akan singgah.
Sebagai seorang ibu, Patimah akan memenuhi permintaan Syamsul untuk menyediakan makanan kegemarannya.
Dia akan suruh masak makanan kegemarannya, mungkin dia rindu agaknya. Sudah lama juga dia tak balik kan..Alhamdulillah.
Patimah berkata demikian ketika ditemui seusai program Muzikal Lawak Superstar 4 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB pada Ahad.
Dalam pada itu, isteri kepada penerbit terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam tersebut hadir menyokong bekas menantunya Puteri Sarah Liyana yang menjadi salah seorang peserta bagi program berkenaan.
Tak sangka dia ada bakat melawak tapi sebenarnya dia memang kelakar, dekat rumah pun kelakar orangnya.
Datuk Yusof tak dapat nak hadir kerana dia ada acara. InsyaAllah kalau saya sihat, boleh juga untuk saya datang setiap minggu.
Terdahulu, menerusi perkongsian di Instagram pada 12 September lalu, Patimah memuat naik foto bersama Syamsul sekaligus memaklumkan bahawa anaknya itu sudah kembali ke pangkuan keluarga selepas hampir dua tahun tidak bersua.