“Dia Hanyalah Skandal Berstatus Isteri Orang, Tiada Tempat Di Dalam Keluarga” – Abang Jofliam Bersuara
- oleh Mohd Indera
- 1 bulan lalu
Kes melibatkan usahawan pizza wagyu, Jofliam, telah mencetuskan kontroversi sejak semalam. Kini, abangnya, Syah Johfi, tampil memberi penjelasan mengenai situasi tersebut melalui platform Threads, dengan harapan memperjelas pandangan pihak keluarganya.
Menurut Syah, keluarganya tidak pernah campur tangan dalam urusan rumah tangga antara Jofliam dan isterinya, Cik Epal. Namun, dia merasa perlu bersuara setelah melihat beberapa hantaran di media sosial yang memaparkan kemesraan antara adiknya dan seorang pekerja wanita yang berstatus isteri orang, yang menurutnya boleh mengundang fitnah.
“Perempuan masih berstatus isteri dan lelaki masih lagi dalam keputusan mahkamah. Saya sebagai abang telah tegur secara baik untuk tidak post story yang mengundang fitnah,” jelas Syah.
Bagaimanapun, Syah mendakwa teguran tersebut tidak diterima dengan baik, malah dijawab dengan kata-kata yang dianggap biadap dan kurang sopan.
Dia juga menambah bahawa sepatutnya perkara ini diselesaikan dalam kalangan keluarga sahaja. Namun, menurutnya, Jofliam memilih untuk mendedahkan isu ini secara terbuka di media sosial.
“So the rest semua pun dah baca, and cerita pun dh terlondeh dengan sendirinya. Nasihat saya kembalilah kepada keluarga. Status dia hanyalah skandal berstatus isteri orang yang tiada tempat di dalam keluarga.”
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai rumah tangga antara Cik Epal dan Jofliam yang dikatakan wujud pihak ketiga.