Ikuti Kami:

‘Dia Bukan Ibu’ Hidupkan Kembali Seram Psikologi Indonesia

‘Dia Bukan Ibu’ Hidupkan Kembali Seram Psikologi Indonesia

Filem seram Indonesia terbaru berjudul Dia Bukan Ibu arahan Randolph Zaini tampil dengan gabungan elemen seram psikologi, kisah kekeluargaan dan kepercayaan mistik yang menjanjikan pengalaman mendebarkan sepanjang dua jam tayangan.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Aurora Ribero, Ali Fikry, Sita Nursanti, Dian Sidik dan Artika Sari Devi, filem ini membawa penonton menyelami kisah dua beradik, Vira dan Dino, yang berpindah ke rumah ibu mereka selepas perceraian ibu bapa.

Namun, kedamaian yang diharapkan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila ibu mereka berubah menjadi sosok menakutkan, dingin, kasar dan sering melakukan ritual pelik. Keadaan itu menimbulkan keraguan bahawa wanita tersebut mungkin bukan ibu kandung sebenar.

Randolph Zaini berjaya menghidupkan semula genre seram Indonesia dengan pendekatan yang segar. Beliau tidak bergantung kepada jumpscare semata-mata, sebaliknya membina ketegangan melalui pencahayaan, suasana gelap serta emosi watak yang kuat.

Lakonan mantap Aurora Ribero dan Ali Fikry turut mendapat pujian kerana berjaya menonjolkan hubungan erat dua beradik yang berdepan ketakutan luar biasa.

Dia Bukan Ibu muncul sebagai sebuah karya seram yang matang serta menampilkan pendekatan berbeza daripada kebanyakan filem horor Indonesia.

Filem ini kini ditayangkan di semua pawagam GSC Cinemas dan diedarkan oleh GSC Movies bermula 9 Oktober 2025. Tiket boleh didapati di laman rasmi www.gsc.com.my

Bagi peminat kisah seram penuh emosi dan kejutan, Dia Bukan Ibu pastinya antara naskhah yang tidak boleh dilepaskan di layar perak.

Komen
Loading...