Ikuti Kami:

Dia Ajak Aku Tunang Tapi Memilih Pergi Dekat “EX” Dia

Dia Ajak Aku Tunang Tapi Memilih Pergi Dekat “EX” Dia

Selepas berusaha mengumpul duit demi ingin ‘menghalalkan’ kekasih, seorang pemuda akhirnya dikecewakan oleh teman wanitanya apabila wanita itu memutuskan hubungan kerana ingin kembali kepada bekas kekasihnya.

Hal ini diceritakan oleh Azamuddin Azizan melalui laman Twitter miliknya, malah hampir semua persediaan telah disiapkan.

“Aku ada kenal seorang perempuan ni, dia sendiri ajak aku bertunang. Aku usaha cari duit sebab aku sendiri pun nak halalkan dia.

“Tapi dia memilih untuk pergi dekat bekas kekasih dia. Hampir kesemuanya aku siapkan,” tulisnya.

Menerusi posting tersebut, pemuda itu memuat naik dua keping gambar segepuk wang tunai yang telah disimpan sehingga menerima 15,300 tanda suka serta diulang kicau lebih 6,000 kali.

Warganet turut memberikan pelbagai reaksi dimana segelintir mereka meluahkan rasa bimbang bagi melalui fasa perhubungan yang lebih serius sekiranya berlaku kejadian seperti itu.

‘Love is a scam’

Aku pun takut, kekasih pernah curang

Benda paling takut, tak kuat nak hadap keluarga

Namun kebanyakan netizen memberikan kata-kata semangat buat Azam yang mungkin terdapat hikmah disebaliknya kejadian tersebut selain berkongsi pengalaman cinta masing-masing.

Simpan duit untuk perkara manfaat

Kalau dah tiada jodoh

Belajar melepaskan! Cari duit banyak2 dulu

Mungkin ada sebab Allah palingkan hati dia

Ada yang lebih baik untuk kau!

Aku sampai dah beli cincin

Sumber : Azamuddin Azizan

Komen
Loading...