Ikuti Kami:

‘Destinasi Rasa Serantau’ di Sofitel KL Damansara: Himpunan 14 Sajian Tradisi Air Tangan 14 Cef

‘Destinasi Rasa Serantau’ di Sofitel KL Damansara: Himpunan 14 Sajian Tradisi Air Tangan 14 Cef

Menjelang ketibaan bulan Ramadan yang mulia, restoran Kwee Zeen di Sofitel Kuala Lumpur Damansara kembali menggamit selera rakyat Malaysia menerusi kempen kulinari ‘Destinasi Rasa Serantau’.

​Bermula 19 Februari hingga 19 Mac 2026, hotel terkemuka ini menawarkan pengembaraan rasa yang cukup istimewa dengan menghimpunkan 14 resipi warisan dari 14 buah negeri, yang dihasilkan secara eksklusif oleh 14 orang cef berpengalaman.

Keunikan bufet tahun ini terletak pada naratif ‘Air Tangan Cef’ di mana setiap hidangan merupakan penghormatan kepada memori zaman kanak-kanak dan resipi turun-temurun.

Antara yang menjadi tumpuan utama ialah Rendang Daging yang dibalut kepingan pastri rapuh (Wellington) dan dibentuk menyerupai siluet kapal wap klasik.

Hidangan ini tersedia buat pengunjung setiap Jumaat hingga Ahad.

​Cef de Cuisine, Cef Hamizan, turut mempertaruhkan kehebatan Asam Pedas Peranakan Ekor Lembu dari Melaka dan Peha Lembu Bakar Bumbu Minangkabau dari Negeri Sembilan.

Tidak ketinggalan, menu ikonik lain seperti:
​- Kambing Golek Bumbu Jawa (Selangor)
– ​Udang Galah Masak Diraja (Kuala Lumpur)
– ​Nasi Dagang Ikan Tongkol (Terengganu)
​- Ayam Dara Pansuh (Sarawak)
​- Kerabu Makanan Laut (Sabah)

​Bagi penggemar durian, Sofitel Damansara menawarkan nilai tambah yang sukar ditolak. Setiap hujung minggu (Jumaat hingga Ahad), pengunjung boleh menikmati hidangan durian tanpa had di stesen khas yang terletak di Le Bar Terrace dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam.

​Tawaran ini merupakan sebahagian daripada pakej bufet, membolehkan tetamu menikmati kemanisan ‘Raja Buah’ dalam suasana santai selepas berbuka puasa.

​Bufet ‘Destinasi Rasa Serantau’ ditawarkan pada harga RM228+ (Isnin hingga Khamis) dan RM248+ (Jumaat hingga Ahad).

Kanak-kanak berusia 7 hingga 11 tahun layak mendapat potongan harga 50 peratus, manakala kanak-kanak di bawah usia 6 tahun adalah percuma.

​Berita baik buat mereka yang merancang awal, potongan ‘Early Bird’ sebanyak 30 peratus diberikan untuk tempahan yang dibuat sebelum 19 Februari 2026.

​Bagi memeriahkan lagi suasana lebaran, Kwee Zeen turut menganjurkan Rumah Terbuka Raya pada 20 hingga 22 Mac 2026 bagi mereka yang ingin meraikan kebersamaan bersama keluarga dan rakan taulan.