Dermalene Anjur Majlis ‘Healthy and Wellness’ Kolaborasi Bersama ZUS Coffee
- oleh MDaily Editor
- 3 Dec 2025 11:05 am
Dermalene Sdn Bhd, pusat rawatan kulit patuh syariah dan bersijil ISO, secara rasminya melancarkan kempen Jualan Akhir Tahun (Year End Sale) 2025 dengan menawarkan diskaun istimewa sehingga 35 peratus untuk pakej rawatan terpilih.
Kempen tersebut dilancarkan melalui majlis tahunan syarikat, “Breakfast With Dermalene” yang kali ini bertemakan ‘Healthy and Wellness’ dan berlangsung meriah di Shah Alam baru-baru ini.
Lebih menarik, majlis tersebut turut menyaksikan kolaborasi eksklusif bersama ZUS Coffee dengan memperkenalkan tumbler edisi terhad Dermalene x ZUS sebagai merchandise khas.
Tumbler ini boleh didapati di semua cawangan Dermalene sepanjang tempoh kempen Year End Sale berlangsung sehingga 31 Disember 2025.
Berteraskan konsep Open Day dan kesihatan menyeluruh, acara itu dimulakan dengan Sesi Zumba dan dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai vendor jemputan seperti MegaZahran, Physiomobile, Optimax Eye Specialist, dan My Dental Care, yang menawarkan servis menarik kepada semua hadirin.

Majlis itu turut dijadikan platform rasmi untuk memperkenalkan inisiatif baharu di bawah Dermalene iaitu Alene Wellness.
Inisiatif ini memfokuskan kepada kesihatan menyeluruh melalui servis seperti Analisis Imbasan Inbody (Inbody Scan Analysis) bagi membantu individu mencapai berat badan ideal mereka.
Selain itu, Dermalene turut memperkenalkan dua rawatan kulit terbaharu yang memfokuskan kepada isu penuaan secara selamat dan berkesan, iaitu DermaleneLift: HIFU dan DermaleneLift: PRX-T33.
“Kami percaya kecantikan bukan sekadar pada kulit, tetapi bermula daripada gaya hidup yang seimbang. Melalui Breakfast With Dermalene dan pelancaran Alene Wellness, kami ingin membina komuniti yang lebih sihat, lebih yakin, dan lebih berpengetahuan tentang kesihatan diri,” kata wakil Dermalene.
Acara pelancaran yang diserikan dengan kehadiran Coach LehaOsem, figura inspirasi kecergasan, turut menampilkan pelbagai mini games interaktif, hadiah bernilai tinggi, dan cabutan bertuah, sekali gus memperkukuh komitmen Dermalene dalam menggabungkan kecantikan, kesihatan, dan kesejahteraan di bawah satu aspirasi.




