Ikuti Kami:

Deep Purple Live in Malaysia 2025: Tiket Laris, Tiket Baharu Ditambah!

Deep Purple Live in Malaysia 2025: Tiket Laris, Tiket Baharu Ditambah!

Legenda rock dunia, Deep Purple, bakal menggegarkan pentas Malaysia buat kali terakhir menerusi konsert Deep Purple Live in Malaysia 2025 yang dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 23 November ini.

Menariknya, sambutan luar biasa daripada peminat telah mendorong pihak penganjur, Hitman Solutions, menambah kategori tiket baharu selepas jualan awal mencatatkan permintaan tinggi.

Dua kategori tempat duduk baharu yang diperkenalkan ialah Diamond (RM659) dan Premium Royal Twin Seats (RM2599), bagi memenuhi keinginan peminat yang mahu menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini.

Kategori tiket sedia ada seperti General Admission dan Rockzone masih ditawarkan, namun turut menunjukkan kadar jualan pantas sejak pengumuman konsert berkenaan.

Menurut Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, sambutan hangat yang diterima membuktikan kekuatan pengaruh Deep Purple dalam sejarah muzik dunia.

“Konsert ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu perayaan muzik yang telah membentuk sejarah rock. Kami berbesar hati dapat menambah kapasiti tempat duduk agar lebih ramai peminat dapat menyaksikan detik perpisahan ini,” katanya.

Dikenali dengan lagu-lagu ikonik seperti Smoke on the Water, Highway Star dan Child in Time, persembahan terakhir Deep Purple di Malaysia dijangka membawa nostalgia mendalam buat peminat yang membesar dengan irama dan semangat rock mereka selama lebih lima dekad.

Tiket boleh didapati dari lama rasmi https://www.ticket2u.com.my/event/44697/deep-purple-live-in-malaysia

Komen
Loading...