Ikuti Kami:

DBKL Terus Gempur Premis Warga Asing

DBKL Terus Gempur Premis Warga Asing

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengempur dan mengambil tindakan ke atas warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran di sekitar Kuala Lumpur

DBKL menerusi Facebook (FB) rasminya berkata, pihaknya telah menyita Kedai Jahit (HQ Indah Enterprise) di Jalan 27/56, Setiawangsa yang diusahakan 2 orang warga Bangladesh.

“Seorang daripada pekerja sempat melarikan diri. Pekerja juga gagal mengemukakan apa-apa maklumat perniagaan, ” katanya.

Premis tersebut telah diambil tindakan ditutup serta merta (sealed) dan sitaan di bawah seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Selain itu, DBKL juga mengambil tindakan ke atas penjaja air balang warga Indonesia di hadapan flat Sri Penara, Gate 2, Jalan Permaisuri 1, Cheras.

Turut diambil tindakan sita dan tutup adalah penjaja nasi campur warga Indonesia di hadapan Flat Sri Penara, Gate 2, Jalan Permaisuri 1, Cheras.

“Tindakan sita dan notis kepada kedua-dua pengendali tersebut telah dilaksanakan.

“Premis dimiliki dan dikendalikan oleh warga asing. Premis telah ditutup serta merta di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 – Sek. 191(1)(v),” katanya dalam kenyataan.

Jika anda mendapati premis perniagaan dijalankan oleh warga asing, sila laporkan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran anda.

BACA : Kedai Gunting Rambut Milik Warga Indonesia, Bangladesh Antara Yang Diserbu DBKL

Foto : Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Komen
Loading...