Ikuti Kami:

DBKL Serbu Peniaga Warga Asing Yang Berniaga Secara “Rambo”

DBKL Serbu Peniaga Warga Asing Yang Berniaga Secara “Rambo”

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL) telah membuat serbuan terhadap peniaga warga asing yang meniaga secara “Rambo” di sekitar Jalan Sultan (Pasar Karat), Jalan Silang dan JalanTun Tan Cheng Lock pada pagi Ahad.

Dengan kekuatan 6 anggota petugas, sejumlah 8 tindakan sita telah dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 2016.

Barangan milik penjaja bukan warganegara telah disita manakala warganegara pula telah diarah tutup serta merta.

“Kesemua barangan yang disita telah dibawa ke stor sitaan DBKL di Jalan Lombong, Cheras,” katanya dalam satu kenyataan.

DBKL menyeru orang ramai yang  mempunyai maklumat mengenai aktiviti penjajaan oleh bukan warga negara, maklumat boleh disalurka ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255.

Komen
Loading...