IKLAN

DBKL : Lagi Kedai Runcit Dan Kedai Gunting Rambut Warga Asing Disita

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengempur dan mengambil tindakan terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

"Tiga (3) premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing telah diambil tindakan termasuk sebuah kedai gunting rambut yang terletak di Jalan Madrasah, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan di laman Facebook (FB).

Turut diambil tindakan adalah dua (2) buah kedai runcit di kawasan sama yang dikendalikan oleh warga Indonesia.

IKLAN

Dengan kekuatan seramai 5 anggota, 3 tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di bawah Sek. 101(v). Akta Kerajaan Tempatan 1976.

"DBKL menggalakkan kerjasama daripada orang awam untuk melaporkan kepada Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Pejabat Cawangan DBKL berhampiran jika mempunyai maklumat premis perniagaan orang asing," katanya.

Foto : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jom like Facebook & follow Twitter mDaily bagi mendapatkan berita hangat dan terkini di seluruh dunia.

IKLAN