Ikuti Kami:

Dayana Amerda Selamat Timang Anak Sulung

Dayana Amerda Selamat Timang Anak Sulung

Pelakon Dayana Amerda atau nama sebenarnya, Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah selamat melahirkan bayi perempuan pukul 1:20 pagi tadi di sebuah pusat perubatan.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya yang juga bekas peserta program realiti Idola kecil iaitu Hadi Mazlan di laman Instagram.

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah isteri saya Siti Amirah Dayana selamat bersalin pada 1 Ramadan pada jam 1:20 pagi ini. Syukur pada Allah SWT,” katanya.

Rata-rata netizen memenuhi ruangan komen dengan mengucapkan tahniah serta mendoakan agar cahaya mata sulung pasangan itu menjadi anak soleh dan solehah.

Tahniah Hadi & isteri

Moga dikurniakan anak soleh solehah

Pasangan tersebut pernah membintangi drama Elly & Epit sebelum ditakdirkan untuk mendirikan rumah tangga pada Jun tahun lalu.

Sumber : Hadi Mazlan

Komen
Loading...