Ikuti Kami:

David Hayter Akan Membawa Watak Zangetsu Di Dalam Bloodstained

David Hayter Akan Membawa Watak Zangetsu Di Dalam Bloodstained

505 Games dan ArtPlay hari ini mengumumkan kemaskini untuk permainan Bloodstained: Ritual of the Night yang akan menyertakan watak baharu iaitu Zangetsu dan juga mod permainan baharu akan tiba pada 7 Mei ini untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Manakala untuk Switch akan tiba akhir Mei ataupun awal Jun.

Seperti yang diumumkan sebelum ini, Zangetsu adalah watak kedua yang boleh digunakan oleh pemain bersama dengan watak asal Miriam. Watak ini, akan disuarakan oleh David Hayter iaitu suara asal untuk Solid Snake dari siri Metal Gear Solid.

Manakala mod baharu iaitu Randomizer pula, membolehkan pemain untuk mengubah pelbagai parameter permainan seperti sasaran, barangan, bilik untuk menyimpan dan juga perjalanan pantas dan juga misi.

Bloodstained: Ritual of the Night merupakan permainan metroid-vania yagn sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Komen
Loading...