Ikuti Kami:

Datuk Rosyam Nor Buat Laporan Polis Berkenaan Video Terkait Perceraian Fattah dan Fazura

Datuk Rosyam Nor Buat Laporan Polis Berkenaan Video Terkait Perceraian Fattah dan Fazura

Pelakon Datuk Rosyam Nor tampil membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, di sini, susulan namanya dikaitkan dengan nasihat yang diberikan kepada pelakon Fattah Amin sebelum keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

Berang dengan fitnah yang dilemparkan, Rosyam menyatakan beberapa pengguna akaun Facebook didakwa mengaibkan dirinya.

“Saya sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu berkenaan penyebaran di media sosial yang berunsur fitnah dan mengaibkan saya dengan (perceraian) Fattah Amin dan Nur Fazura,” katanya.

Menerusi hantaran video terbaharu yang dimuat naik di Instagram, Rosyam turut menunjukkan salinan laporan polis dan hadir ke balai polis ditemani peguam dikenali, Aizul.

Selepas perceraian Fattah bersama pelakon Fazura pada 7 Oktober lalu, tular semula rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri yang mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan.

Namun, dalam perbincangan itu, Rosyam tidak menganggap semua wanita berperangai begitu, tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian. Topik itu tiada kena mengena dengan senario kisah artis yang terpalit isu rumah tangga sebaliknya sekadar lontaran secara umum.

Komen
Loading...