Ikuti Kami:

Datuk Fazley Sahkan Perceraian Selepas 18 Tahun Berkahwin

Datuk Fazley Sahkan Perceraian Selepas 18 Tahun Berkahwin

Selebriti dan penyanyi popular, Datuk Fazley Yaakob, mengesahkan bahawa rumah tangganya bersama Azrene Soraya Abdul Aziz yang telah dibina selama 18 tahun telah berakhir dengan perceraian.

Dalam kenyataan rasminya, Fazley memaklumkan bahawa dia dan bekas isterinya, yang juga dikenali sebagai Azrene Ahmad, sah bercerai beberapa bulan lalu.

Menurut penyanyi lagu ‘Asmara Ini’ itu, keputusan untuk bercerai dibuat secara persetujuan bersama.

“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini,” jelas Fazley.

Fazley telah memfailkan perceraian beberapa bulan yang lalu, dan tempoh edah telah pun tamat beberapa minggu lepas. Pasangan tersebut bersetuju untuk berkongsi hak jagaan terhadap keempat-empat anak mereka.

Walaupun sudah bercerai, Fazley turut menegaskan bahawa hubungannya dengan bekas isterinya kekal baik, seperti ketika mereka mula-mula berkenalan dahulu.

Hasil daripada perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata, iaitu tiga anak lelaki, Ahmad Fariedz Shah, 15, Ahmad Fieradz Shah, 14, dan Ahmad Fierudz Shah, 13, serta seorang anak perempuan, Alayna Selma, 7.

Komen
Loading...