Ikuti Kami:

Datuk Bandar Di Peru Pura-Pura Mati Untuk Elak Ditahan Polis

Datuk Bandar Di Peru Pura-Pura Mati Untuk Elak Ditahan Polis

Datuk bandar di Peru dilaporkan berpura-pura mati setelah didapati bersalah melanggar ‘kebiasaan baharu’ apabila ditangkap sedang minum bersama dengan rakan-rakannya.

Namanya adalah Jamie Rolando Urbina Torres, dia adalah datuk bandar Tantara. Ketika mahu ditangkap, dia bertindak berbaring di dalam keranda sambil memakai topeng dengan ‘berpura-pura mati’. Kelakuan itu bagaimanapun tidak dapat mengaburkan pihak polis, dia tetap juga ditangkap kerana telah melanggar perintah berkurung untuk mencegah virus COVID-19.

Tidak dijelaskan di mana Urbina dan rakan-rakannya minum sehingga mabuk atau mengapa mereka boleh memilih idea untuk berpura-pura mati. Namun dia dilaporkan telah meremehkan soal wabak ini sejak kerajaan Peru menerapkan tahap keselamatan yang tinggi di beberapa bandar di sana.

Lebih parah lagi, perintah berkurung yang telah dikuatkuasakan sejak 66 hari yang lalu rupanya tidak dituruti oleh Urbina. Penduduk tempatan dilaporkan berang dengan perangai dia yang tidak mengendahkan perintah berkurung.

Dia telah menjadi sasaran kemarahan rakyat Peru pada pertemuan dengan penduduk tempatan di bandar pada 9 Mei lalu. Malah, pegawainya yang lain turun menyerang Urbina ketika dia mahu membela dirinya.

Dia juga dituduh gagal untuk melaksanakan pemeriksaan keselamatan bagi memastikan penduduk luar tidak memasuki bandar Tantara. Padahal dia tahu bahawa 104,020 pesakit COVID-19 telah direkodkan di Peru dan 3,024 mangsa telah meninggal. Tetapi Urbina masih mampu tenang dan sanggup untuk menipu dengan ‘pura-pura mati’.

Komen
Loading...