Ikuti Kami:

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika Bergabung dalam Konsert “The Journey of Sound” di Stadium Merdeka

Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Judika Bergabung dalam Konsert “The Journey of Sound” di Stadium Merdeka

Dua ikon hiburan Nusantara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Judika, bakal menggegarkan Stadium Merdeka dalam sebuah konsert yang dinantikan ramai, bertajuk “The Journey of Sound”.

Kolaborasi ini mempertemukan dua bintang ternama Malaysia dan Indonesia yang sudah lama menjadi pujaan ramai melalui karya mereka.

Dengan lebih 20 tahun pengalaman, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Judika telah mencipta nama sebagai penghibur unggul di rantau ini.

Menurut penganjur, Universe Gateway, konsert ini bukan sekadar persembahan biasa, tetapi merupakan sebuah pentas untuk mempereratkan hubungan dua negara serumpun melalui muzik dan seni.

Siti Nurhaliza, dengan 28 tahun pengalaman sebagai penyanyi, terus membawa nama Malaysia ke persada dunia seni, sementara Judika, pemilik vokal lantang dari Indonesia, telah lama mencipta kejayaan dalam industri muzik. Gabungan mereka dalam “The Journey of Sound” dijangka memberikan pengalaman yang luar biasa kepada para peminat.

“Ini adalah kesempatan yang tidak boleh dilepaskan,” kata Isa, Ketua Pegawai Kewangan Universe Gateway.

Beliau menambah bahawa konsert ini bakal menjadi salah satu peristiwa terbesar dalam dunia hiburan Nusantara.

Tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada 12 Oktober 2024. Para peminat boleh mendapatkan tiket dengan harga bermula dari RM199 (Kategori 5) sehingga RM1,299 (Super VIP).

Pembelian tiket boleh dibuat melalui laman web Ticket2U.com.my, dengan tawaran Early Bird pada minggu pertama sehingga minggu ketiga penjualan.

Dengan kepelbagaian harga tiket, penganjur berharap semua peminat Siti Nurhaliza dan Judika tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan gilang-gemilang ini.

Konsert ini dijangka menjadi salah satu acara terbesar tahun 2024, menggabungkan elemen seni dan budaya melalui muzik yang menyeberangi sempadan.

Komen
Loading...