
Legenda hoki negara Dato’ Mirnawan Datuk Hj. Nawawi dipilih sebagai Duta Rasmi Gel Amani oleh Amanilife dalam usaha memperkukuh jenama produk kesihatan tempatan itu yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.
Pemilihan Dato’ Mirnawan diumumkan secara rasmi dalam satu sidang media di Concorde Hotel Shah Alam hari ini dan disifatkan sebagai langkah strategik Amanilife bagi mengekalkan kepercayaan pelanggan sedia ada di samping menarik lebih ramai pengguna baharu.
Dato’ Mirnawan yang terkenal dengan gelaran ‘The Boss’ dalam arena hoki tanah air merupakan bekas kapten skuad hoki kebangsaan dan antara pemain Malaysia yang beraksi di pentas Olimpik Barcelona 1992 Atlanta 1996 dan Sydney 2000.
Pemilihannya sebagai duta dilihat tepat memandangkan beliau sendiri merupakan pengguna setia Gel Amani sejak 10 tahun lalu.
“Saya telah menggunakan Gel Amani sejak sekian lama lebih-lebih lagi sebelum dan selepas melakukan aktiviti sukan. Gel ini amat membantu melegakan otot mengurangkan risiko kecederaan serta memastikan saya kekal aktif,”
“Saya juga tertarik dengan status produk ini yang halal dan selamat digunakan oleh semua kaum.” katanya yang kini aktif dalam sukan pickleball.
Pengarah Eksekutif Amanilife Tuan Leo Adi Putra berkata pemilihan Dato’ Mirnawan bukan sahaja berdasarkan reputasinya sebagai ikon sukan malah kerana kepercayaan beliau sendiri terhadap keberkesanan Gel Amani.
“Beliau ialah figura yang dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa. Selain mewakili golongan berusia 45 tahun ke atas yang sering berdepan masalah otot dan sendi Dato’ Mirnawan juga sudah lama menggunakan produk ini,”
“Kolaborasi ini memberi makna besar buat kami dalam misi memperluaskan pasaran ke luar negara seperti Brunei Indonesia Dubai dan negara-negara Timur Tengah yang sudah menunjukkan minat.” katanya.
Menurut beliau Gel Amani telah berada di pasaran sejak 2014 dan sentiasa mengekalkan standard piawaian antarabangsa selain berdaftar dengan KKM serta diiktiraf Halal oleh JAKIM.
“Hari ini bukan sekadar soal duta tetapi misi Amanilife lebih besar mendidik masyarakat tentang kepentingan penjagaan kesihatan otot kerana ia bukan sahaja memberi kesan fizikal malah mempengaruhi kesejahteraan mental dan emosi,”
“Kami mahu lebih ramai menikmati hidup sihat dan aktif tanpa dibelenggu masalah otot dan sendi” jelasnya lagi.
Produk Gel Amani kini ditawarkan pada harga RM27 (30ml) dan RM37 (60ml) bagi 60ml dengan sasaran agar lebih ramai mampu menikmati manfaat produk ini dengan harga berpatutan.
Untuk maklumat lanjut layari www.amanilife.my atau hubungi 019-9996686.
Amanilife terus komited menjadi peneraju produk sapuan halal tempatan yang diyakini ramai.