Ikuti Kami:

Dato’ Khadijah Ibrahim Hiburkan Peminat dan Lancar Sos Cili Ibu di Singapura

Dato’ Khadijah Ibrahim Hiburkan Peminat dan Lancar Sos Cili Ibu di Singapura

Penyanyi legenda tanah air, Dato’ Khadijah Ibrahim, menghiburkan lebih 100 peminat setianya dalam satu majlis ramah mesra eksklusif yang berlangsung di D’Banquet Hall, Al Juned Link, Singapura semalam.

Majlis tertutup itu bukan sahaja menjadi medan mempererat hubungan antara Dato’ Khadijah yang mesra digelar “Ibu” dengan para peminat, malah turut menyaksikan pelancaran rasmi produk terbaharu beliau, Sos Cili Ibu, buat julung kalinya di pasaran Singapura.

“Saya cipta Sos Cili Ibu ini dengan penuh kasih sayang, diilhamkan daripada citarasa saya yang gemarkan makanan pedas. Sos ini ada lebih ‘kick’, khusus untuk penggemar makanan pedas. Harapan saya agar sos ini dapat menyatukan rasa dan kenangan kita semua terhadap masakan ibu,” kata Dato’ Khadijah ketika ditemui media.

Para hadirin berpeluang merasai sendiri keenakan Sos Cili Ibu yang sesuai dipadankan dengan pelbagai hidangan tradisional dan moden seperti nasi goreng, mi goreng, ayam panggang dan keropok lekor.

Sambutan hangat daripada para peminat membuktikan potensi besar sos tersebut untuk menembusi pasaran serantau.

Pelancaran produk ini juga mencerminkan kejayaan Dato’ Khadijah dalam bidang keusahawanan makanan menerusi jenama Khadijah’s Kitchen, yang terkenal dengan hidangan berasaskan resipi tradisional Melayu.

Produk Sos Cili Ibu kini boleh didapati secara rasmi di Yisun Halal Mart, Singapura, dan pelancaran ini dilihat sebagai langkah permulaan Dato’ Khadijah untuk memperluas empayar perniagaannya ke peringkat antarabangsa, sekali gus mengangkat warisan kulinari Malaysia ke mata dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, orang ramai boleh melayari laman web www.ibufood.com atau ikuti laman media sosial SOS IBU OFFICIAL.

Komen
Loading...