Ikuti Kami:

Dari Kilang Kecil ke Pasaran Nasional: Visi Ella Furniture Angkat Kualiti Perabot Premium Mampu Milik

Dari Kilang Kecil ke Pasaran Nasional: Visi Ella Furniture Angkat Kualiti Perabot Premium Mampu Milik

Bermula hanya dari sebuah operasi kilang kecil, jenama perabot tempatan, Ella Furniture, kini membuktikan keupayaan usahawan Bumiputera apabila berjaya meluaskan empayarnya dengan pembukaan cawangan kelima di Bandar Bukit Mahkota, di sini, hari ini.

Langkah strategik ini bukan sekadar peluasan perniagaan, malah menjadi simbol keberanian jenama tempatan dalam mendominasi industri perabot yang sering kali dikuasai pemain antarabangsa.

Pengasas Ella Furniture, Pn. Laila Alway, berkata kunci kekuatan jenamanya terletak pada keseimbangan antara estetika moden dan harga yang realistik bagi memastikan setiap keluarga di Malaysia mampu memiliki kediaman yang indah.

“Kami bukan sekadar menjual perabot, tetapi kami memperjuangkan kepercayaan terhadap kualiti produk tempatan. Fokus kami sangat jelas iaitu membina pengalaman pelanggan yang premium pada harga yang mampu dimiliki,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan baharu.

Dengan menyasar kawasan pesat membangun di koridor selatan Lembah Klang, Ella Furniture optimis terhadap unjuran perniagaan mereka.

Syarikat menyasarkan pertumbuhan dua angka pada tahun 2026, selaras dengan peningkatan permintaan domestik terhadap kelengkapan rumah yang berkualiti tinggi pasca-pandemik.

Pelan pengembangan seterusnya bakal menyaksikan beberapa lagi cawangan baharu dibuka menjelang akhir tahun ini, sekaligus memperkukuh kedudukan Ella Furniture sebagai peneraju perabot Bumiputera di peringkat nasional.

Bersempena dengan pembukaan cawangan baru ini, Ella Funiture menawarkan diskaun Istimewa bernilai sehingga RM3,000 untuk barangan terpilih diseluruh cawangan.

Layari ellafurniture.com.my untuk maklumat lanjut.