Ikuti Kami:

“Dari Dapur TEMU” Menyajikan Lebih 200 Menu Tradisional Sepanjang Bulan Ramadan

“Dari Dapur TEMU” Menyajikan Lebih 200 Menu Tradisional Sepanjang Bulan Ramadan

Sambut kehadiran Ramadan Al-Mubarak 1446 Hijrah dengan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur! Istimewa ‘Dari Dapur TEMU’ yang bermula dari 5 Mac hingga 28 Mac 2025, akan membawa anda mengembara ke dunia kulinari tempatan dengan lebih 200 juadah tradisional setiap hari, bermula jam 6.30 petang hingga 9.00 malam di TEMU Utama, TH03, Menara Kuala Lumpur.

Ramadan kali ini, kami menyajikan pelbagai hidangan yang pasti menggamit selera para pengunjung di Menara Kuala Lumpur, antaranya adalah:

– Kambing Golek Manja dengan resipi tradisional yang terus memukau.
– Lidah Lembu Bakar yang lembut dan beraroma.
– Sup Power Rusuk Lembu, Urat Keting, dan Perut.
– Vietnamese Roll 288 dengan sos istimewa buatan sendiri (‘homemade’).
– Shawarma Ayam d’TEMU yang lembut dan berjus.

Lebih istimewa lagi, semua hidangan ini disediakan sepenuhnya oleh chef-chef berbakat dari MKL Cuisine Sdn. Bhd. anak syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Tahun ini Menara Kuala Lumpur dengan bangganya menguruskan 100 peratus penyediaan makanan dan minuman sepanjang Ramadan ini secara eksklusif untuk para pengunjung.

Berbuka puasa di ketinggian 288 meter sambil menikmati panorama indah bandaraya Kuala Lumpur, sama ada ketika matahari terbenam mahupun di bawah sinaran lampu kota.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik santai dari kumpulan muzik Menara Kuala Lumpur, ‘The Sky Band’, yang akan memeriahkan lagi suasana iftar anda setiap hari.

“‘Dari Dapur TEMU’ kali ini bagi saya sangat-sangat istimewa, di mana kami menawarkan harga ‘EARLY BIRD’ yang sangat berpatutan bermula pada hari ini sehingga 31 Januari 2025.

Bukan itu sahaja, buat julung kalinya kami akan menghadiahkan tiket masuk PERCUMA ke tarikan-tarikan Menara Kuala Lumpur iaitu Sky Deck, Pelantar Pemandangan TH01 dan TH04 (Observation Deck) dengan setiap pembelian pakej ‘Dari Dapur TEMU,’” kata Encik Nazli Saad, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Menara Kuala Lumpur turut mengadakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi menyantuni anak-anak yatim, pelajar madrasah, dan sekolah tahfiz dari sekitar Lembah Klang untuk menikmati juadah berbuka puasa di Menara Kuala Lumpur.

Jangan lepaskan peluang untuk merebut tawaran istimewa ‘Early Bird’ ini dan rasai kelainan pengalaman berbuka puasa sambil mencipta memori Ramadan yang luar biasa di Menara Kuala Lumpur!

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan acara di Menara Kuala Lumpur, sila hubungi talian khidmat pelanggan di +603-2020 5421 atau layari media sosial rasmi kami @menarakl di Facebook, Instagram, TikTok, dan laman sesawang kltower.com.my.

Komen
Loading...