
Ramadan ini, program realiti masakan terbaru Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bakal menceriakan penonton dengan gabungan unik antara kulinari, drama, dan interaksi langsung! Menampilkan watak-watak ikonik dan resipi istimewa menggunakan Susu Goodday, rancangan ini bukan sekadar hiburan di kaca TV, malah membawa pengalaman baru ke bazar Ramadan.
Disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan di Astro Ria pada jam 5.30 petang serta boleh distrim di Astro GO dan On Demand, program ini membolehkan penonton bukan sahaja belajar resipi, tetapi juga membeli hidangan yang dipaparkan di gerai khas bazar Ramadan di Stadium Shah Alam bermula 2 Mac hingga 29 Mac.
Dikenali melalui drama Ramadan popular Khun:sa, watak-watak Che Ton (Sherry Alhadad), Sarimah (Zarina Zainoordin), dan Tuyah (Ezu Hashim) kembali dengan cabaran baru.
Setelah diculik UFO dan kembali ke bumi, mereka diberikan misi misteri – melakukan kebaikan dalam masa 29 hari untuk terus kekal di dunia. Dalam perjalanan itu, mereka terlibat dalam pelbagai situasi lucu, mencabar, dan penuh keajaiban – semuanya diwarnai dengan masakan enak!
Setiap episod turut dimeriahkan dengan kehadiran bintang terkenal seperti Zizan Razak (Polis Evo), Datuk Rosyam Noor (Kala Malam Bulan Mengambang), Scha Al-Yahya (Awan Dania), Naim Daniel (Project: High Council), Joey Daud (Kampung Pisang Bersiri-Siri), Tony Eusoff (P. Ramlee), dan ramai lagi.
Menurut Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad, program ini membuka lembaran baru dalam industri hiburan dan pengalaman pengguna:
“Kami bukan sahaja ingin menyajikan hiburan menarik, tetapi juga membawa konsep interaktif yang membolehkan penonton menikmati sendiri apa yang mereka tonton di skrin.” katanya.
Keunikan Dapur Goodday terletak pada konsepnya – “Tengok hari ini, esok boleh beli!”. Semua hidangan dalam episod boleh dibeli di bazar Ramadan Stadium Shah Alam, menjadikannya program realiti masakan pertama yang membawa resipi terus ke tangan peminat.
Hidangan istimewa menggunakan Susu Goodday sebagai ramuan utama, termasuk nasi hujan panas, roti john, bread and butter pudding, kari ikan bawal, ayam percik, dan banyak lagi.
Selain itu, pengunjung boleh berinteraksi dengan selebriti, bermain ‘fortune wheel’, serta mengimbas kod QR untuk mendapatkan resipi harian.
Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan, menyatakan bahawa Susu Goodday berbangga menyertai projek ini kerana ia menghubungkan komuniti secara interaktif dan menyeronokkan sepanjang Ramadan.
“Di Goodday Milk, kami sentiasa percaya dalam mencipta pengalaman bermakna yang menyatukan orang ramai. Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bukan sekadar rancangan realiti masakan—ia adalah sebuah program yang menampilkan cerita, budaya dan pengalaman yang menggembirakan,”
“Apa yang menjadikan kerjasama ini lebih istimewa ialah peluang untuk peminat untuk bukan sahaja menyaksikan hidangan menarik di skrin television tetapi juga untuk merasainya secara langsung di bazar Ramadan nanti,”
“Inisiatif ini membolehkan kami berhubung dengan pengguna kami dengan cara yang interaktif dan menarik, mengukuhkan jenama Susu Goodday dengan komuniti yang kami sedia berkhidmat. Kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada projek kolaborasi yang pertama ini dan berharap dapat berkongsi kebaikan Susu Goodday dengan rakyat Malaysia.” katanya.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton bermula 1 Mac, setiap hari jam 5.30 petang di Astro Ria dan strim di Astro GO serta On Demand. Jangan lupa kunjungi bazar Ramadan Stadium Shah Alam untuk menikmati sendiri hidangan dari rancangan ini!
Ikuti perkembangan terbaru di media sosial dengan hashtag #DapurGoodday #MisiSarimahTuyahVSCheTon #GempakOriginalSeries.