Ikuti Kami:

Daphne Iking Selamat Bersalin Anak Keempat

Daphne Iking Selamat Bersalin Anak Keempat

Berkongsi berita kelahiran anak keempatnya, Ilon Daniel Iking Azmi di Instagram pada 21 Mei lalu, pengacara Daphne Iking dihujani ucapan tahniah atas khabar tersebut.

Menurut Daphne, Ilon dilahirkan melui pembedahan malah proses kehamilannya juga dikatakan berdepan situasi sukar.

Hal ini kerana, dirinya dan pasangan bertarung dengan konflik sama ada mahu menggugurkan bayi berkenaan atau tidak. Ternyata ia merupakan pilihan yang amat sukar diungkapkan pasangan ini.

Kata Daphne, kehamilannya itu membahayakan kesihatannya kerana menurut doktor, beliau dinasihatkan untuk tidak bersalin lagi selepas melahirkan anak ketiga pada tahun 2016 secara pembedahan.

“Dua minggu saya dan suami bertarung dengan konflik sama ada untuk menggugurkan bayi ini atau tidak. Ia pilihan yang sangat sukar!”

Namun, segalanya berubah selepas Daphne melihat suaminya menangis buat pertama kali.

Tambah Daphne, keadaan dinding uterusnya yang nipis boleh membahayakan nyawanya dan bayi andai berkembang menjadi saiz yang besar.

Susulan itu, Daphne mendapatkan pandangan daripada beberapa individu termasuklah pakar perubatan.

Dalam pada itu, Daphne juga difahamkan mempunyai alasan sendiri mengapa tidak mengumumkan berita kehamilannya.

“Berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu didiskriminasi apabila ada pihak yang tahu saya hamil.

Malah tambah Daphne lagi, menyambut cahaya mata keempat ini, beliau langsung tidak berkesempatan untuk membuat sesi fotografi sempena kehamilannya serta menyediakan barangan keperluan bayi namun tetap bersyukur ada yang bermurah hati menghadiah keperluan tersebut epada mereka.

Untuk rekod, Daphne kini mempunyai empat orang cahaya mata iaitu Isobel Daniella Iking, Iman Daniella Iking, Ilon Daniel Iking Azmi dan Isidore Daniel Iking.

Sumber: Gempak

Foto : Instagram Daphne Iking

Komen
Loading...