Ikuti Kami:

Dahlia Shazwan, Gadis Trivago Kini Berhijab Tukar Penampilan Bersesuaian

Dahlia Shazwan, Gadis Trivago Kini Berhijab Tukar Penampilan Bersesuaian

Mengakui proses tersebut agak sukar tetapi personaliti TV yang lebih dikenali sebagai ‘Gadis Trivago’, Dahlia Shazwan berjanji kepada diri sendiri akan buat perkara ni betul-betul.

“Waktu mula-mula ambil keputusan berhijab, satu benda saya berjanji kepada diri sendiri adalah nak buat perkara ni betul-betul. Tak nak pakai ketat, tapi bukan senang la. Tudung saya pun belum labuh lagi,” katanya.

Menurut Dahlia, agak sukar bagi menyesuaikan diri selain melakukan ‘mix & match’ dengan pakaian yang boleh digunakan semula bagi menampakkan lebih tertutup.

Sejak Mac lalu, personaliti TV iaitu Dahlia Shazwan membuat keputusan untuk memakai tudung selepas pulang daripada menunaikan ibadah umrah.

Atas penghijrahan tersebut, pengacara rancangan Hlive itu sudah semestinya perlu menukar penampilan yang bersesuaian setelah membawa imej berhijab.

Terbaru, pemilik nama Dahlia Shazwan Mohd Amin itu berkongsi sebuah video di saluran Youtube miliknya mengenai proses penukaran koleksi pakaian daripada ‘tidak halal’ ke menutup aurat.

“Setiap orang ada proses penghijrahan. Ada yang tak nak mendadak sebab takut tak selesa tapi berbalik kepada komited untuk laksanakan perkara tersebut.

Beliau juga melalui cabaran bagi menentukan jenis fesyen yang kelihatan sesuai dengan dirinya selepas sering membeli pelbagai pakaian mengikut ‘trend’ sekaligus tidak boleh ‘dikitar semula’.

“Sekarang saya suka pakai long dress, dalam pakai inner dan sarung tangan. Boleh ‘pair’ dengan seluar. Sebab nanti untuk kekal istiqamah, kena suka juga apa yang dipakai. Kena cari imej yang disukai & sesuai,” ujarnya.

Sumber: Youtube Dahlia Shazwan Channel

Komen
Loading...