Dah Maki Pun Tak Berkesan, Wanita Bengang Pekerja Restoran Tak Hiraukan Aduan Pelanggan
- oleh Samad Mohd
- 5 tahuns lalu
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsikan pengalaman tidak menyenangkan yang dilaluinya semasa menjamu selera di sebuah restoran di Ampang.
Sesuai dengan iklan peluang pekerjaan yang mewajibkan pekerja disitu TAHAN MAKI kerana walaupun sudah dimaki masih tidak dihiraukan.
Menurutnya, dia terpaksa melalui suasana yang tidak selesa apabila pekerja di restoran tersebut tidak henti-henti membersihkan kedai semasa dia menjamu selera.
“Kalau makan mana2 restoran pantang betul aku tengah makan staff sibuk sapu sampah, vacum bagai depan kita.
“Jadi semalam kat restoran Hameediyah Ampang dari start kitaorg duduk sampailah makan staff situ duk sibuk cuci karpet ke apa pasang vacuum punya kuat dah lah bunyi macam drill kontrak buat bangunan. Sampaikan org nak borak & makan pun tak selesa…kalau sekejap takpe,” katanya.
Walaupun sudah diberitahu tetapi pekerja terbabit tetap tidak pedulikan dan menyambung kembali mengemas.
“Dah pergi kaunter cakap baik-baik tapi buat tak tahu aje. Geram sangat aku jeritkan aje depan customer lain…ehh diaorg sambung jugak lagi, adik aku dah benggang giler sound lagi…”
Faham pekerja terbabit hanya menjalankan tugas mereka, wanita ini menyeru restoran terbabit supaya lebih sensitif dan mengutamakan keselesaan pelanggan.
“Hameediyah Ampang we know your staff doing their job but please use brain, people come to your restaurant to eat in peaceful free from disturbance.”
“There were still a lot of customers eating at your restaurant that time. If your staff want to do the cleaning close the premises and don’t allow customers enter your restaurant so your staff can carry on with their job…,” katanya lagi.
Nampaknya para pekerja terbabit betul-betul memenuhi syarat bekerja di situ iaitu TAHAN MAKI sampaikan keselesaan pelanggan tidak diberikan keutamaan.