Ikuti Kami:

D4VD Bakal Adakan Persembahan Eksklusif di Kuala Lumpur Sempena Pelancaran Album “Withered”

D4VD Bakal Adakan Persembahan Eksklusif di Kuala Lumpur Sempena Pelancaran Album “Withered”

Penyanyi dan penulis lagu alt-pop terkenal, d4vd, akan mengadakan persembahan eksklusif di Kuala Lumpur sempena pelancaran album debutnya yang berjudul Withered.

Showcase istimewa ini dijadual berlangsung pada Selasa, 13 Mei 2025, jam 7 malam, bertempat di A Quiet Place, Bukit Bintang.

Acara ini adalah percuma tetapi hanya terbuka kepada mereka yang menerima jemputan. Peminat berpeluang mendapatkan akses dengan menyertai peraduan yang kini dibuka sehingga 8 Mei 2025.

Selain daripada jemputan ke acara tersebut, peserta bertuah juga berpeluang memenangi panggilan video eksklusif bersama d4vd.

D4vd, atau nama sebenarnya David Burke, merupakan fenomena baharu dalam dunia muzik alternatif-pop.

Beliau mula meraih perhatian dunia menerusi lagu “Romantic Homicide” yang kini menerima pensijilan Multi-Platinum daripada RIAA. Lagu tersebut, yang dirakam sepenuhnya menggunakan iPhone, melonjak ke tangga ke-34 carta Billboard Hot 100 pada 2022.

Susulan kejayaan itu, d4vd menandatangani kontrak bersama label Darkroom/Interscope sebelum menamatkan pengajian di sekolah menengah.

Single susulannya “Here With Me” turut mencatat kejayaan besar apabila tersenarai dalam carta Billboard Hot 100 pada Januari 2023 dan menerima pensijilan Platinum.

Kedua-dua lagu ini, bersama karya-karya baharu dari album Withered, dijangka akan dipersembahkan dalam showcase tersebut.

Acara ini dijangka menarik perhatian ramai peminat muzik alternatif-pop tanah air, memandangkan ini merupakan penampilan sulung d4vd secara langsung di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut serta penyertaan peraduan, orang ramai boleh melayari: https://competition.umusic.com/my-d4vd-live-in-kuala-lumpur

Penyertaan akan ditutup pada 8 Mei 2025.

Komen
Loading...