Ikuti Kami:

Cukai jalan kenderaan EV 85 peratus lebih murah – Anthony Loke

Cukai jalan kenderaan EV 85 peratus lebih murah – Anthony Loke

KUALA LUMPUR: Kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) bagi kenderaan motor tanpa pelepasan (ZEV) atau kenderaan elektrik ditetapkan berdasarkan kuasa motor elektrik, berkuat kuasa 1 Januari 2026.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kadar fi baharu itu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar sedia ada.

Beliau berkata, kadar fi itu akan disemak semula setiap lima tahun sekali bagi memastikan keberkesanannya untuk menggalakkan peralihan kepada kenderaan bebas asap dan kesannya kepada pendapatan kerajaan.

“Bagi menggalakkan transisi kepada kenderaan tanpa pelepasan karbon, kadar fi bagi kebanyakan kenderaan ZEVs adalah lebih rendah berbanding kadar fi LKM bagi kenderaan internal combustion engine (ICE) dalam lingkungan jenis badan kenderaan yang sama.

“Kadar fi LKM baharu yang ditetapkan hanya terpakai kepada ZEVs dalam kategori pure battery electric vehicle (PBEV) dan fuel cell electric vehicle (FCEV) sahaja.

“Secara purata, kadar fi LKM baharu adalah 85 peratus lebih rendah berbanding kadar fi sedia ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini, pada Selasa.

Sumber
Astro Awani
Komen
Loading...